Thursday, April 12, 2012

Ku Ada Kamu

LIRIK LAGU KU ADA KAMU – ADIRA AF8
 
Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk





Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

P/S : lagu nie ditujukan khas buat suami tercinta..sbb suka dengan lirik dia mcm kena dengan cik abg ku sayang..;P

Monday, January 31, 2011

Sesi Pengenalan

Hemm....aku bukanlah seorang yang rajin berblog..cuma suka mengikuti blog kawan2 sahaja..entah kenapa ptg nie tetiba terasa nak create blog utk diri sendiri dan juga keluargaku...namaku Siti Fatimah Mohamed Kassim..nickname aku tim..aku rasa selesa dgn panggilan itu...klu panggilan yang lain aku terasa amat formal..huhu ;P...karektor aku juga bole berubah mengikut nama..huhu

Aku seorang yang simple dalam masa tertentu agak cerewet, aku suka ketawa dalam ketawa aku boleh marah..hik3.., seorang yang kelam kabut dan paling ketara aku adalah orang yang paling lambat dalam membuat keputusan baik dari segi kerja mahu pun peribadi...bersederhana dalam semua benda..hemm..nie sedikit sebanyak tentang diriku...


Nie Suamiku...Namanya Mohamad Faisal Bin Rais berasal dari Perak. Kengkawan di SMVK panggil dia 'chot' dan 'kechik' pula panggilan kengkawannya di German Malaysian Institut (GMI)..Seorang yang kelakar dan penyayang, hemm sangat serius dalam sesuatu yang dilakukan.. ;)  Sangat tegas di dalam membuat keputusan dan suka berterus terang. Yang buat aku sayang ngan suami ku ini dia sangat memahami jiwaku...huhu..kalau dia marah dengan saya dia akan panggil nama penuh saya...SITI FATIMAH....hehehehe(betol tak abg?)

Ini pula puteri sulong kami Ameera Balqis Wasilah binti Mohamad Faisal baru berusia 4 bulan...sangat suka bila tetamu datang ke rumah mudah senyum dan renungannya sangat tajam (hati2)..huhu